BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, May 28, 2009

Krsm 08/09 [part 2]

Assalamualaikum w.b.t,

Kehangatan kursus kenaikan pangkat bagi Sarjan dan Staf sarjan kian hangat dalam jiwa peserta kenaikan pangkat.Tentunya semangat yang membara bagi mereka yang berminat dan bercita-cita tinggi terutamanya bakal Staf dan sarjan,entahlah........tetapi saya yakin
ada antaranya yang cukup bersemangat bagi mengikuti kursus ini.

Suka untuk saya ingatkan kepada semua tentang matlamat penubuhan Krsm iaitu membentuk generasi yang berjiwa kental dalam menhadapi cabaran dan Membentuk generasi muttaqin yang benar-benar menghayati dan memperjuangkan Islam.Apabila kita menyebut tentang memperjuangkan Islam,jalan yang bakal kita hadapi bukanlah satu jalan yang mudah tapi jalan yang bakal kita hadapi ialah jalan yang penuh dengan cabaran.Apabila cabaran itu ada,ujian pasti melanda.Ujian itu akan menguji Kesabaran kita dalam memperjuangkan islam dan menjalankan tugas kita sebagai seorang pemimpin.

Sebagai seorang pemimpin,kita pastinya mempunyai TARGET yang ingin dicapai.Jika kita ingin target itu dicapai,kita perlu melakukan kerja yang besar untuk perubahan yang besar.Ada sebuah hadith yang amat menarik perhatian saya"hidup adalah sebuah perjuangan.Perjuangan memerlukan sebuah pengorbanan.kejayaan semanis Madu memerlukan pengorbanan sepahit Hempedu.Sebagai contoh kita berjaya mendapatkan pangkat yang kita idamkan iaitu sarjan atau staf sarjan,kejayaan yang kita capai membuatkan kita dapat merasai kemanisannya setelah sekian lama bersusah payah dalam mendapatkan pangkat tersebut.

Tahukah anda bahawa Pemimpin bukan dilahirkan tapi pemimpin DiBentuk,daripada kursus itensif yang dijalankan dapat membantu bakal Sarjan dan Staf Sarjan untuk menjadi seorang pemimpin bukan sahaja berguna kepada diri sendiri tapi berguna pada orang lain.Mungkin jauh lebih baik daripada Sarjan Dan Staf sarjan Yang sedia ada,InsyaAllah.

Salam Perjuangan buat
Bakal Staf Sarjan:
Dun,
Khairi,
Adam,
Shazwani,
Aimi,
Maryam,
Husna,
Awatif.
Maafla banat tak ingat la namanya banyak sangat.

Bakal Sarjan:
nu'man,
Waseem,
Hamzah,
Faruqi,
Asna,
Ibrahim Afif,
Khadijah,
Farzanah,
Hana dan lain-lain lagi.









0 comments: