BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, May 30, 2009

This is Life

Dipanjangkan oleh seorang kawan saya. Alhamdulillah... Mampu membangkitkan kesedaran. Renung-renungkanlah...

>
> Kita pasti dirisik..
> Pertunangan sejak azali..
> Di hujung hidup nanti..
>
> Berlangsungnya perkahwinanmu dengan maut..
> Hantarannya..sakit dan nazak..
> Tamu bertandang menghadiahkan esak tangis..
> Pengantin dimandikan..
>
> Dipakaikan baju cantik putih..
> Wangian gaharu dan cendana..
> Keranda jadi pelaminan..
> Pengantin bersanding sendirian..
>
> Di arak keliling kampung..
> Berkompangkan azan dan kalimah kudus..
> Akad nikahnya bacaan talkin..
> Berwalikan liang lahat..
>
> Saksi pula nisan-nisan..
> Siraman air mawar..
> Keluarga terdekat menepung tawar..
> Tiba masa pengantin..
> Menunggu sendirian..
>
> Malam pertama bersama KEKASIH..
> Di kamar bertilamkan tanah..
> Dan Dia menuntut janji..
> Sucikah kita tatkala berpadu..
>
> Pernahkah taubat sepanjang hayat..
> Atau terkubur bersama dosa-dosa...
> Dan Dia Kekasih itu..
> Menetapkanmu ke syurga..
> Atau melemparkan dirimu ke neraka..

Thursday, May 28, 2009

Krsm 08/09 [part 2]

Assalamualaikum w.b.t,

Kehangatan kursus kenaikan pangkat bagi Sarjan dan Staf sarjan kian hangat dalam jiwa peserta kenaikan pangkat.Tentunya semangat yang membara bagi mereka yang berminat dan bercita-cita tinggi terutamanya bakal Staf dan sarjan,entahlah........tetapi saya yakin
ada antaranya yang cukup bersemangat bagi mengikuti kursus ini.

Suka untuk saya ingatkan kepada semua tentang matlamat penubuhan Krsm iaitu membentuk generasi yang berjiwa kental dalam menhadapi cabaran dan Membentuk generasi muttaqin yang benar-benar menghayati dan memperjuangkan Islam.Apabila kita menyebut tentang memperjuangkan Islam,jalan yang bakal kita hadapi bukanlah satu jalan yang mudah tapi jalan yang bakal kita hadapi ialah jalan yang penuh dengan cabaran.Apabila cabaran itu ada,ujian pasti melanda.Ujian itu akan menguji Kesabaran kita dalam memperjuangkan islam dan menjalankan tugas kita sebagai seorang pemimpin.

Sebagai seorang pemimpin,kita pastinya mempunyai TARGET yang ingin dicapai.Jika kita ingin target itu dicapai,kita perlu melakukan kerja yang besar untuk perubahan yang besar.Ada sebuah hadith yang amat menarik perhatian saya"hidup adalah sebuah perjuangan.Perjuangan memerlukan sebuah pengorbanan.kejayaan semanis Madu memerlukan pengorbanan sepahit Hempedu.Sebagai contoh kita berjaya mendapatkan pangkat yang kita idamkan iaitu sarjan atau staf sarjan,kejayaan yang kita capai membuatkan kita dapat merasai kemanisannya setelah sekian lama bersusah payah dalam mendapatkan pangkat tersebut.

Tahukah anda bahawa Pemimpin bukan dilahirkan tapi pemimpin DiBentuk,daripada kursus itensif yang dijalankan dapat membantu bakal Sarjan dan Staf Sarjan untuk menjadi seorang pemimpin bukan sahaja berguna kepada diri sendiri tapi berguna pada orang lain.Mungkin jauh lebih baik daripada Sarjan Dan Staf sarjan Yang sedia ada,InsyaAllah.

Salam Perjuangan buat
Bakal Staf Sarjan:
Dun,
Khairi,
Adam,
Shazwani,
Aimi,
Maryam,
Husna,
Awatif.
Maafla banat tak ingat la namanya banyak sangat.

Bakal Sarjan:
nu'man,
Waseem,
Hamzah,
Faruqi,
Asna,
Ibrahim Afif,
Khadijah,
Farzanah,
Hana dan lain-lain lagi.









Thursday, May 14, 2009

BAca Dan Fikirkan Tajuk yang sesuai 0_o


minta maaf post artikel berunsur negatif..tapi kita semua perlu tahu perkara ini utk mengelakkan
berlaku pada kita....artikel ini sempena MID-YEAR EXAM ye..

EnJoy your reading"!

1. X BOLEH TIDUR MALAM-pagi2 ngantuk pula...

+ penyakit ni byk b'laku dekat pelajar...
+kadang2 sampai t'lewat solat subuh pun ada..
'gagal solat subuh lbih dasyat dr lewat msk kelas..solat subuh itu m'uji kekuatan disiplin dan ketaatan kita pd Allah'

2.TAKUT SALAH X MAHU/TIDAK BERANI M'CUBA

+X BERANI M'CUBA=X BERANI BERJAYA....hah! x percaya???...
+bila cikgu tanya tiada siapa berani jwb/angkat tgn utk jwb..takut salah...takut nanti kwn gelakkan kita...
+kadang2 kalau kita angkat tgn jwb..takut org fikir kita tunjuk pandai pula...
+kenapa pelajar berfikiran mcm ni???!!???...

wahai kawanKU...ingatlah..
"kejayaan itu datangnya dari kebijaksaan...
kebijaksanaan itu datangmya dari pengalaman..
pengalaman itu pula datang darinya kegagalan..."

+lepas ni jom kita pakat tanya banyak2 soalan dekat mh n m...bila guru tanya cepat2 atau excited nak jawab..nilah cara pelajar cemerlang...

3.TIDAK BAWA PAYUNG SALAHKAN HUJAN

+penyakit ni paling serius...pelajar suka m'nyalahkan org lain sedangkan salah diri sendiri...

+cth...=keputusan peperiksaan kita x bagus kita salahkan gurula...kata guru m'bosankan/x pndai m'ngajar/ataupun mesti kte ad t'fikir "guru aku ni x reti mengajar ke?''
kesannya.......kita mula tidak minat dengan subject tu...

+cth lain...yg berlaku disekililing kita

  • Anda terjatuh kerana terlanggar tunggul lalu anda memaki hamun tunggul tersebut kerana? berada di tengah jalan anda.
  • Anda terlewat bangun pagi dan terlepas bas ke sekolah lalu anda salahkan pihak televisyen kerana menayangkan perlawanan bola sepak pada lewat malam.
  • Anda dirotan kerana merokok di sekolah lalu anda menyalahkan pekedai runcit di tempat anda kerana menjual rokok tersebut kepada anda….
  • Anda gagal dalam peperiksaan Matematik lalu anda mengamuk pada kawan anda kerana tidak membenarkan anda meniru beliau.
  • Anda menconteng dinding-dinding atau tempat awam kerana anda rasa tidak ada orang mahu mendengar apa yang anda hendak katakan.
  • Anda tidak mahu belajar subjek Sejarah dengan bersungguh-sungguh kerana anda rasa cikgu Sejarah anda suka pilih kasih.
  • Anda kalah dalam perlawanan badminton lalu anda salahkan syarikat pembuat raket badminton anda kerana produk tidak berkualiti.

+ok! stop blame the other!...kita tengok pula situasi ni...
  • Anda pilih untuk duduk kerusi paling belakang dewan kuliah dan kemudian merungut suara guru terlalu perlahan.
  • Anda tidak membaca bahan bacaan asas untuk kelas akn dtg dan kemudian merungut guru mengajar terlalu laju.
  • Anda lewat 15 minit ke kuliah dan merungut apa yang diajarkan terlalu sukar difahami.
  • Anda tidak pernah berjumpa pensyarah untuk bertanya apa yang diharapkan dalam assignment yang diberi. Apabila mendapat keputusan yang tidak memuaskan, anda kata guru ini kedekut markah dan pilih kasih.
  • Anda tidak membuat persiapan rapi untuk presentation lalu gugup dan terlalu gementar semasa sesi presentation. Anda salahkan guru kerana mewajibkan presentation.
+hah! tengok! salah siapa sebenarnya??!??...cube tengok balik diri....
+org yg gagal cthnyaa....kuat m'rungut..kuat mengutuk tapi jarang m'ngutuk diri sndiri/salahkan diri cuz die seorg yg pengecut kerana tidak berani utk salahkn diri....

cuba baca situasi ni....

-jika waktu pagi hujan...x bleh nak pegi sek naik bsikal/motor...xkan nak ponteng kelas???(nmpk sgt dah gagal)....pakailah baju hujan /bw payung....setiap mslh ad penyelesaiannya...

+kalau kelas m'bosankan..kita cuba ceriakan kelas tu..tanya byk2 soalan kat guru..
+kalau x suka presentation..cuba cari idea camne nak bg best kitanya presentation...



+kwn2 yg kusanyangi...
"jika HARI HUJAN..dan terlupa m'bawa PAYUNG..b'gembiralah dan b'gelak ketawalah sambil menikmati berlari di dalam hujan..."

JOM SAME2 BERLARI DI DALAM HUJAN!..XD..


4.KAWAN DENGAN ORG MALAS MANDI PAGI

+situasi ini berlaku bila kita kawan dengan org yg jelas boleh jatuhkan prestasi kita dan jatuhkan semangat kita utk berjaya...

cth; kwn kita jnis mls pegi sek/kaki ponteng
kwn jnis mls buat hw
x serius utk presentation
x serius utk blja...nak exam pun main je..x sedar2 exam dah dekat

+tapi dalam golongan ini pasti ad yg t'lintas di fikiran utk berubah..tp d'sebbkan masih b'kwn ngan gol yg mLS bljr..kita pasti akan t'ikut sama...

+jadi...CUBA PERHATIKAN...gelagat,tabiat,perangai kwn yg rapat ngan kita mcm mna...
+bukannya...jgn kwn dengan mereka atau pinggirkan mereka..tp cuba ajk mereka...

MESTI KITA PELIK KENAPA RESULT EXAM KITA SEMAKIN MENURUN??

'Alangkah manisnya hidup dlm k'ikhlasan b'sama sahabat yg m'mahami tuntutan dakwah dan b'korban demi sahabat lain..'

5.DUDUK DI BWH TEMPURUNG LBIH SELESA D PADANG YG LUAS...

+X suka m'cuba sesuatu yg baru...

+cepat menilai diri sndiri b'dasarkan ap yg berlaku pd masa lepas...

cth nyaa..-kita pgg jwtn dlm p'satuan ..lepas tu kita gagal m'uruskannyaa.,..kita pun fikir kita tiada bakat utk m'mimpin dan x mahu pgg ap2 jwtn lpas ni...

-kita x pernah pgg jwtn ap2...kita pun fikir kita x b'minat dgn pangkat dan kedudukan...

+pelajar cam ni...m'punyai rasa takut gagal yg lbih besar dr k'inginan utk dpt pengalaman yg bru...

+cth lain....cikgu suruh kita lukis...idea dah byk...tp kita x lukis takut nnti akn d;ketawakan oleh kwn2 cuz lukisan x lawa...blum cuba lagi dah gagal...

"pglm gagal/d'ketawakan sbnrnya bleh m'jadi satu pengalaman yg saaangat manis suatu hari nnti..."


banin n banat....
'barangsiapa yg m'nempuh satu j;n utk cari ilmu, maka Allah akan m'mudahkan bgnya jln ke syurga'

AKHIR KALAM...

HANYA PELAJAR YG PERNAH MERASA BETAPA PAHITNYA K'GAGALAN AKAN MENGETAHUI BETAPA MANISNYA KEJAYAAN..

======jom kita berjaya sama2=======
cuba kita bygkan 3 thn akn dtg...masing2 dah masuk U...nnti mungkin ad yg pi oversea...
jom mula dr sekarang utk m'ngejar impian!!!