BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, April 23, 2009

KRSM 08/09

WARNING!!!!
BACA DENGAN TELITI.....

Assalamualaikum w.b.t,


Ada apa disebalik KRSM? Itulah soalan yg saya mahu lontarkan kepada pembaca sekalian. Apakah makna KRSM kpd kalian? Bagi Saya KRSM itulah wadah tarbiyyah yag praktikal. KRSM adalah tempat kita bersama-sama mengenali erti perjuangan. Tempat di mana kita belajar untuk mendengar dan didengar...belajar untuk mentaati dan ditaati..belajar untuk dipimpin dan memimpin..medan utk mengamalkan ilmu di dada, medan untuk kita bina insan yg bkn hanya byk ilmu tetapi juga pandai mengamalkan ilmu tersebut. Kita mahu melahirkan insan yang berpengalaman kerana dgn pengalaman jualah kita akan terus maju bersama dgn masyarakat. Bagi saya ijazah terbaik itu datangnya dari jalanan, dari pengalaman kita menempuh kehidupan di khalayak masyarakat. KRSM SMIAB tidak mahu melahirkan anggota yang hanya pandai berkata-kata tetapi langsung tidak mampu memikul apa yang telah mereka katakan. Maaf, tapi saya lihat terlalu ramai dikalangan kita yang menggelarkan diri mereka ‘da’ie’ hanya mampu berbicara. Cthnya, ramai yg mampu berceramah berjam-jam mengenai Palestin tetapi berapa ramaikah diantara kita yang benar2 menghayati roh perjuangan mereka itu? Walhal kita ini apabila disuruh berdiri di tengah panas pun sudah mengomel dan apabila berlapar sedikit pun sudah lesu...bagaimanakah kita mengatakan bahawa kita ingin membebaskan Al-Quds?



Justeru,inilah tarbiyyah yg ingin dibawa oleh KRSM, kami ingin menanamkan roh atau semangat perjuangan yang kental unutk dijadikan bekalan kpd anggota sekalian dalam menempuh kehidupan. Menempuh kehidupan bersama masyarakat, ya bersama masyarakat, dan bukannya bersama kelompok kita sahaja. Jikalau kita merasakan masyarakat itu memerlukan kita maka pergilah untuk bersama mereka dan bukan hanya duduk dan menghukum masyarakat itu sedangkan kita tidak mahu menyinsing lengan memperbetulkan mereka. KRSM ingin melahirkan anggota mampu menjadi cahaya obor buat masyarakat. Tarbiyyah itu bukanlah hak eksklusif..ia adalah hak seluruh masyarakat termasuklah mereka yang kita kata sudah "hanyut". Sekiranya mereka sudah hanyut maka terjun dan selamatkanlah mereka...bagaimana kita hendak menyelamatkan org yg hampir lemas jika tidak terjun dan pegang mereka? Ya, memang kita akan basah dan apabila kita basah maka ramai yang akan menghukum kita, “tgk si die tu, asyik lepak dgn bdak2 jhat je” dsb. Kadangkala kita terlalu sibuk mentarbiyyah org yg sudah sememangnya baik tapi meminggirkan golongan yg kita kata tidak soleh itu. Akhirnya,tarbiyyah mejadi hak eksklusif yang hanya org terpilih shj boleh mengikutinya.


InsyaAllah, KRSM akan buat yang terbaik, biarlah apapun yang dikatakan org..KRSM komited utk bersama semua walaupun kalian mempunyai masalah kerana sekiranya kalian semua sempurna dan 'perfect' tiada gunanya kami melatih dan mendidik kalian...KRSM WADAH TARBIYYAH PRAKTIKAL!

BETUL TAK????