BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, December 31, 2009

Bye-bye School

Sempena Dah Habis Sekolah...


apa kata hati? masih terkesan dengan perpisahan. ;D

Pertemuan antara kita,
Tidak pernah dirancang,
Tetapi telah diatur kemas oleh Rabbul Jalil,
Yang mengetahui suara hati antara kita,
Yang mengimpikan kehadiran seorang insan,
Bergelar teman...

Walaupun bukan aku yang diharapkan,
Tetapi akulah yang hadir dalam hidupmu,
Mungkin kehadiranku tidak pernah dinanti,
Namun, Tiada walau secalit kekecewaan,
Apatah lagi kekesalan di hati ini,
Malah, Aku amat menghargai pertemuan ini,
Kerana dengannya,
Terjalinlah sebuah persahabatan...

Perpisahan...
ternyata amat menyakitkan,
Sering kali mengundang air mata,
Keindahan dan kebahagiaan yang kita nikmati bersama,
Bagaikan disentap pergi serta-merta,

Walaupun begitu, Ingatlah, sahabatku........,
Bertemu dan berpisahnya kita kerana Allah,
Oleh itu, Terimalah dengan penuh keredhaan...

Sekiranya ingatanmu singgah padaku,
Kirimlah sepotong doa tika itu,
Moga masih ada lagi pertemuan selepas ini,
Jika tidak di dunia fana ini,
Di Jannatul Firdaus yang kekal abadi...
Insya-Allah!!!

**dipetik dari laman web iLUVislam.com
http://www.iluvislam.com/v1/readarticle.php?article_id=2003

Hingga ke akhirnya Musim Persekolahan,
1999-2009.
Life Goes On.Yeah!!!

Yang Tak Akan Berlalu Pergi..

Bismillah
Allah Yang Menguasai Perjalanan Langit Dan Bumi.

Adapun manusia apabila Tuhannya mengujinya
lalu dia dimuliakan-Nya dan diberi-Nya kesenangan,
maka dia akan berkata:
"Tuhanku telah memuliakanku"

Adapun bila Tuhannya mengujinya
lalu membatasi rezekinya maka dia berkata:
"Tuhanku menghinakanku"
[Al Fajr 89:15-16]

Jangan begitu sayang
Allah Tahu Apa Yang Terbaik Untukmu.

Diwajibkan atas kamu berperang,
padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci.

Boleh jadi kamu membenci sesuatu,
padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu,
padahal ia amat buruk bagimu;
Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui
[Al Baqarah 2:216]

...

Akan ada yang datang
Dan akan ada yang berlalu pergi

Manusia itu akan datang dan pergi
Harta benda itu akan datang dan pergi
Kesedihan itu akan datang dan pergi
Masalah itu akan datang dan pergi

...
...
...

Tapi ...

Ada juga yang datang
Dan takkan pernah sesekali berlalu pergi

Siapa?

...
...
...

Allah, sayang.
Allah.

Allah akan tetap di situ
Sekalipun kamu melupakannya.
Allah takkan pernah meninggalkanmu dan takkan pernah berpaling darimu
Allah akan terus memerhatikan.

Ya!
Allah akan terus memerhatikan.
Setiap gerak gerimu,
Setiap ucap kata dari bibirmu,
Pekerjaan yang kamu utamakan melebihi diriNya,
Dan bagaimana kau sandarkan cintamu pada manusia yang belum halal buatmu

Allah ada untuk setiap masa
Kapan sahaja yang kamu mahu
Kembali padaNya ya sayang
Allah sedang menantimu

Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku,
maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat.
Aku mengabulkan permohonan
orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku,
maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku)
dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku,
agar mereka selalu berada dalam kebenaran.
[Al Baqarah: 186]

jangan biar sampai Allah murka pada kita

Sunday, November 29, 2009

ಹದಿಃ ಹರಿ ಜಡಿ Raja

Pada suatu hari tiga orang pemuda yang tamak, Ali,Abu dan Acu telah dijemput oleh raja menghadiri majlis hari jadi baginda. Lalu ketiga-tiga berasa gembira dan mula memikirkan hadiah apa yang bakal diberikan nanti untuk membodek raja, maklumlah, kalau hadiahnya bagus tentu raja akan memberi balasan yang lebih besar. Akhirnya ketiga-tiga mereka membuat keputusan untuk memberikan raja buah-buahan tempatan. Benda tu kan murah, balasannya nanti mahal, tentu untung besar kita.

Bila tiba harinya, ramailah orang hadir di istana, termasuk wakil dari negara-negara jiran. Semasa waktu penyerahan hadiah, raja pun duduk diatas tahtanya sambil menerima barangan yang diberikan. Kesemua wakil dari negara jiran menyumbang emas, perak dan permata yang mahal2. Pembesar negeri dan orang kenamaan juga berikan hadiah yang tak kalah mahalnya. Bila sampai turn si Ali, dia pun membawa buah rambai didalam dulang sambil ditutup ngan kain. Bila sampai depan baginda, beliau pun membuka kain tersebut, alangkah terperanjatnya baginda. Baginda diam, muka beransur ansur bertukar color kepada merah, mata tak berkelip merenung Ali, mulut teketar-ketar seperti ingin mengeluarkan sesuatu, tiba-tiba, raja bertitah,

"Tangkap orang ini, dan sumbatkan hadiah buah rambai ke dalam bontot dia "

Apa lagi meraung raung lah Ali kena pegang oleh beberapa orang pengawal sambil disumbat rambai kedalam bontotnya.

Sampai turn Abu, kerana dia tak tau apa yang berlaku terhadap Ali, dengan bangganya membawa masuk hadiah buah rambutan. Apa lagi, sama jugak le hukumannya. Si Abu pun meraung-raung kesakitan menjalani hukuman sumbat rambutan kat bontot.

Tapi tiba-tiba, Abu tergelak bagai nak gila, pengawal pun jadi heran, padahal rambutan masih disumbat lagi.

Bila Abu dan Ali dikumpulkan, Ali pun bertanya "Kenapa masa engkau kena sumbat tu, aku dengar engkau ketawa bagai nak rak"

Abu pun berkata "Mana aku tak tergelak sakan, waktu tengah kena sumbat bontot tu, walaupun sakit giler, aku ternampak Acu bawak masuk hadiah buah DURIAN, durian tembaga pulak tu, besor gilerrrrr"

Friday, November 6, 2009

bisikan

...'dalam hati Ibu berkata:pergilah anakku,belajar lah bersungguh-sungguh.jangan lemas dalam kebebasan yang Ibu berikan.Ibu tadak hantar kamu melainkan Ibu percaya kepada kamu,kerana kamu anak Ibu.....

Dalam jiwa Si Ayah pula berbisik:Anakku Ayah lepaskan kamu dengan sejuta doa moga kamu tak pernak lupakan nama yang Ayah berikan kepada kamu.Hati ini penuh berharap agar kamu pulang membawa piala kemenangan bukannya kekecewaan.Anakku...Selamat berjuang!!!


*Kenangilah mereka dalam setiap yang akan Kita lakukan....*

Friday, October 30, 2009

kisah Pemandu Teksi

Sebuah kisah benar yang dilalui oleh diriku yang agak jarang menaiki teksi untuk menuju ke mana-mana destinasi sekalipun. Pada 29 hb Ogos 2006, aku, Imran, Hisyam dan Akmal bercadang untuk ke Kedai Buku Kamal untuk melihat buku-buku perubatan yang diwara-warakan dijual dengan harga yang murah di sana. Setelah menyelesaikan urusan VISA di Wisma MCA dan bersarapan pagi di KLCC, kami semua menaiki teksi menuju ke Kedai Buku Kamal dengan menaiki teksi...

Ditakdirkan buat kali pertama bagi diriku menaiki teksi yang dipandu oleh warga Indonesia. Maka banyaklah persoalan yang berlegar di ruang legar kepala aku... Pemandu teksi ini ada permit ke tak? lesen? Aku banyak berdiam diri di dalam teksi manakala Imran, Akmal dan Hisyam pula banyak melontarkan soalan-soalan cepu emas, contohnya .. Uncle tinggal kat mana? Dah berkeluarga? Kahwin dengan orang Malaysia ke? Perasaan aku menjadi tidak tenang kerana aku merasakan soalan tersebut agak sensitif bagi warga Indonesia di Malaysia. Tetapi pemandu tersebut menjawab dengan tenang, antara jawapannya "Saya tinggal di Ampang", "Saya tinggal dengan keluarga" dan "Isteri saya orang Indonesia". Benar atau tidak aku pun tak tahu.

Tiba-tiba pemandu tersebut bertanya kepada kami semua, "Apakah perasaan kamu semua sebagai warga kampus ketika menaiki kenderaan?". Aku tergamam. Akmal menjawab, "Macam biasa jelah". Satu jawapan yang mungkin dipersetujui oleh aku, Imran dan Hisyam kerana itulah perasaan kami. Pemandu Indonesia tersebut berkata,"Bagi saya, ketika saya menaiki kenderaan seperti ini (kereta atau kenderaan berenjin), saya merasakan saya menaiki dua kenderaan secara serentak". Kami semua kebingungan. Pemandu tersebut menyambung, "Satu kenderaan yang sedang saya naiki dan satu lagi kenderaan bumi". "Kenderaan bumi?", salah seorang daripada kami bertanya. Pemandu tersebut menjawab, "Bumi kitakan sedang berputar pada paksinya dan beredar di dalam galaksi". Aku tergamam sekali lagi. Pemandu tersebut menyambung, "Jika kita memikirkan kejadian langit dan bumi, kitakan akan lebih dekat dengan Allah, gitu…". Tamat.

Jadi apakah pengajaran dan suri teladan yang boleh diambil? Sesungguhnya pada penciptaan langit dan bumi, daratan dan lautan terdapat tanda-tanda kekuasaan dan kebijaksanaan Allah s.w.t. yang dapat dilihat oleh mereka yang mahu berfikir. Kita sering lupa dan alpa kerana kita buta dan leka dengan keseronokan dan kesibukan kehidupan dunia… sedangkan dunia ini hanyalah umpama ladang tempat bercucuk tanam supaya di akhirat nanti hasilnya boleh dituai. Bukalah mata hatimu…

Ilmu Iikhlas


hampir dua minggu meninggalkan bloggie dearie ni ,mungkin lebih dari itu
kembali dengan satu artikel yang dipetik dari website iluvislam.
selamat membaca.


“Mari ku ajarkan ilmu ikhlas.” Kata seorang guru kepada anak muridnya.

“Nanti saya ambilkan buku dan pena untuk menulis,”

“Tak payah, bawa sahaja karung guni”

“Karung guni?” Kata anak muridnya seolah-olah tidak percaya.

“Mari kita ke pasar!”

Dalam perjalanan ke pasar mereka melalui jalan yang berbatu-batu.

“Kutip batu-batu yang besar dan masukkan ke dalam karung guni itu." Kata guru itu memberi arahan. Tanpa soal, anak muridnya memasukkan batu-batu besar yang mereka temui sepanjang jalan.

“Cukup?”

“Belum. Isi sampai penuh karung guni itu.” Sampai di pasar, mereka berdua tidak membeli apa-apa. Hanya belegar-legar dan melihat-lihat kemudian beredar ke luar.

“Tuan guru, kita tidak beli apa-apa?”

“Tidak. Bukankah karung gunimu sudah penuh?”

“Ya,ya…” Kata si murid, agak kelelahan.

“Banyak Beli barang.” Tegur seorang kenalan apabila melihat mereka dengan guni yang kelihatan penuh.

“wah, tentu mereka berdua ini orang kaya! Banyak sungguh barang yang mereka beli.'' Kata seseorang.

“Agaknya mereka hendak buat kenduri besar kot," Kata yang lain pula.

Sebaik kembali ke tempat tinggal mereka,si murid meletakkan guni yang berisi batu-batu tadi. “Oh,sungguh letih! Apa yang kita hendak buat dengan batu-batu ini tuan guru?”

“Tak buat apa-apa”

“Eh,kalau begitu letih sajalah saya.” Balas anak murid.

“Letih memang letih tapi kamu dah dapat ilmu ikhlas”

“Ikhlas?” Tanya anak murid kehairanan.

“kamu dah belajar apa akibatnya kalau tidak ikhlas dalam beramal”

“Dengan memikul batu-batu ini?”

“Ya, batu-batu itu umpama amalan yang riyak. Tidak ikhlas. Orang memujinya seperti orang-orang di pasar tadi yang memuji kamu banyaknya barang yang kamu beli. Tapi, kamu sendiri tahu itu bukan barang makanan atau keperluan,tetap hanya batu-batu.”

“Amal yang tidak ikhlas umpama batu-batu ini?

“Ya, hanya berat sahaja ditanggung. Dipuji orang, tetapi tidak ada nilainya di sisi Allah, yang kamu dapat, hanyalah penat.”

“ya, sekarang saya faham apa akibatnya beramal tetapi tidak ikhlas!” Ujar si murid.

Pengajaran: Ramai manusia yang tertipu dalam beramal kerana mengharapkan pujian. Padahal kata-kata pujian hakikatnya hanya menyebabkan diri terseksa kerana terpaksa hidup dalam keadaan yang bermuka-muka. Rugi benar orang yang tidak ikhlas, terseksa di dunia juga terseksa di akhirat.

Friday, September 18, 2009

On the Way!!!!

bismillahirrahmanirrahim..

hari ni 28 ramadhan 1430H.
bersamaan malam 29.
masih ada masa rasanya bagi kita.
untuk beribadah kepadaNya.

mari sama-sama kita menghidupkan malam 29 ni ok!
bermunajat kepadaNya,memohon maghfirahNya.


ikut kalendar dan surat khabar berita harian hari ni,
1 syawal jatuh pada hari Ahad.
maksudnya,ramadhan bakal meninggalkan kita sekejap sahaja lagi.
ramadhan bakal pergi setelah sebulan berjalan.
pastinya kita bakal merindui tarbiyyah yang bulan barakah tersebut hadiahkan.
pastinya kita bakal mengimpikan ganjaran yang lumayan dari Allah lagi.

Aidilfitri bakal memunculkan diri.
Hari lebaran yang sangat dinanti.
Hari kemenangan bagi kita setelah berpuasa 30 hari.

jadi,
dengan besar hati..
saya ucapkan..

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI,
MAAF ZAHIR DAN BATIN!

kepada semua yang mengenali diri ini,
sejuta kemaafan dipohon..
andai banyak terlajak kata.
banyak tersalah bicara.
banyak terkasar bahasa.

ribuan kemaafan dipinta..
andai banyak tindakan yang menyinggung rasa.
banyak kelakuan yang membuat kalian kecewa.
banyak perbuatan yang mengecilkan jiwa.

Thursday, September 17, 2009

Siapa lebih Hebat!!!

"Aku akan rasa hebat kalau aku dijemput ke
pejabat Presiden,"Kata lelaki pertama.
"Ah,itu tidak hebat.Kalau aku dijemput ke
pejabat Presiden dan Presiden berjabat denganku,"
kata lelaki yang kedua.
"itu masih belum hebat.Bukan sahaja Presiden berjabat
dengan aku,malah Presiden berbual dengan aku.Itu baru
hebat,"lelaki ketiga bersuara bangga.
"Aku rasa itu pun tak hebat,"kata lelaki keempat.
"apa yang lebih ?"
"aku ke pejabat presiden dan ketika itu presiden sedang
bercakap ditelefon.Melihat aku datang,Tuan Presiden serta merta
meletakkan telefon untuk meraikan aku."
"Hebat...."ujar mereka hampir serentak.
Namun lelaki yang kelima masih diam.Selamba.
"bagaimana denganmu?"
"aku datang ke pejabat Presiden.Dan telefon dimejanya berdering....
tuan presiden mengangkatnya,lalu berkata kepadaku,
"panggilan telefon ini untukmu!!"Perlahan tapi jelas kata-kata lelaki
kelima.

"Ha...ha...ha...kau memang benar-benar hebat,"kata mereka kepada lelaki
kelima


0_o

Orang yang hebat mempunyai harga diri yang tinggi.
Mereka tidak meletakkan harga diri mereka berdasarkan "orang besar"
yang mereka kenali.Oleh sebab itu,mereka tidak perlu membodek
semasa manusia.Sebaliknya berasa merdeka untuk bersuara dan menyatakan
kebenaran tanpa dibelenggu oleh takut atau inferiority complexs.

Rumah Yang Mahal!!

Dua anak beranak sedang dalam perjalanan
ke rumah yang baru dibeli oleh Si ayah.Sepanjang perjalanan
anaknya tidak habis-habis mempersoalkan mengapa rumah
yang dibeli itu mahal berbanding harga biasa.
"Kamu akan tahu apabila sampai sana nanti,"jelas ayahnya.
"Inilah rumah baru kita,"kata si ayah sambil menunjuk sebuah
rumah yang sederhana.Ia terletak di sebuah penempatan yang
agak besar.
"Eh,tidak apa-apa kelebihan pun.
Rumah ini biasa sahaja ayah,"kata Si anak.
"Nanti kau akan tahu kelebihan rumah ni."
"Oh,mungkin kerana itu Ya,"Kata si anak sambil menunjuk
ke luar tingkap.Sebuah Masjid yang tersergam indah yang
tidak beberapa jauh dari rumah mereka.

"Itu mungkin salah satu sebabnya."
"Itu mungkin salah satu sebabnya."
"Mungkin ?"kata si anak tidak berpuas hati.
Sejurus kemudian,kedengaran salam ,dan muncul
dimuka pintu beberapa orang.

"Kami jiran awak.Selamat datang ke Kampung kami.Ada apa-apa
yang boleh kami bantu?"kata salah seorang daripada mereka.
Berkata seorang yang lain,"jika tidak keberatan jemput makan tengah hari
di rumah saya.Tentu awak belum membawa peralatan memasak kan?"
"petang nanti jemput minum di rumah saya.Boleh kita berbual tentang aktiviti
di tempat ini,"ujar lelaki ketiga.

Kesemuanya begitu ramah dan mesra.
Si ayah berkata kepada anaknya,
"sekarang kamu faham kenapa ayah beli rumah
rumah ini,walaupun harganya mahal sedikit,kan?"
"Ya,ya.Saya faham ayah.Jiran-jiran kita baik-baik belaka."


0_o

Jiran-jiran disekeliling kita itulah yang menyumbang
kepada keselamatan,ketenangan dan keharmonian hidup kita
sekeluarga.Rumah yang baik memang penting,tetapi jiran yang baik
jauh lebih penting.

Saturday, August 29, 2009

Coming soon.

bismillahirrahmanirrahim.


memajukan blog sementara masih berkesempatan.
tidak salah bukan?
post ini pasal masa depan.
baca sahajalah,pembaca budiman.

Percubaan Spm,
1.9-1.10.09,
uih nak dekat!!!!.

em.hari ni 30 ogos.
maksudnya,
Trial dah nak dekat!!
er.er.er.
bersediakah saya??

tak apa.
masa ada masa.
membuat persediaan yang sepatutnya.
yang penting ijtihad.
kesungguhan dan pengorbanan itu yang utama.

buat rakan-rakan semua.
jom kita pulun sama-sama.
walau ini cuma trial.
namun ia tetap penting jua.
ia menguji tahap kefahaman kita.
buat betul-betul ya!
jaga hubungan kita sesama.
hormat guru dan ibu bapa.
yang penting usaha dan doa kepadaNya.
ingat DUIT!
doa,usaha,ikhtiar,tawakkal pada yang ESA!

"faiza 'azamta fatawakkal 'ala Allah!"

Berlalu

bismillahirrahmanirrahim.

minggu pertama ramadhan telah berlalu.
hari ni,masuk minggu kedua Ramadhan.

mudah-mudahan kita semua masih konsisten dan istiqamah beribadah.
mudah-mudahan kita semua masih semangat dan hammasah beribadah.
mudah-mudahan kita semua tetap kuat dan hebat melakukan amalan.

jom meriahkan rumah Allah!
kalau bukan kita,who else?!?
jom tilawah dan tadabbur ayat-ayat Allah!
kalau bukan kita,who else?!?
jom jihad di jalan Allah!
kalau bukan kita,who else?!?

usah harapkan orang lain untuk lakukan semua itu.
biar kita yang melakukan segalanya.
kita ingin masuk syurga,bukankah begitu?
daripada hanya mengharapkan insan lain untuk beramal,
tanpa kita ikut serta beramal..
lebih baik kita yang memulakannya,
dan mengajak insan lain melakukannya..
adil kan?kita dapat.orang lain dapat.
kita ingin ramai yang memasuki jannah.
bukan hanya kita yang membiarkan insan lain terkapai-kapai.

bukankah begitu?

AYUH!
Refleksi Diri
Hayati Ramadhan,Ihya'kan Ramadhan!
kita mampu melakukannya!

Saturday, August 8, 2009

Selesema je pon!!!

bismillahirrahmanirrahim.

bila pena bermula,
bila qalbu berkata,
bila diri berbicara.

em.mungkin telah tersebar berita.
seorang pelajar.
gara-gara wabak yang tersebar luasnya.
H1N1 atau Influenza A.

huhu.
bila cuti menjelma tapi tak cuti lagi.
ada yang melompat gembira.
ada yang bersorak bahagia.
ada yang ketawa suka.

masing-masing punya rancangan tersendiri.
masing-masing punya rencana tersendiri.
masing-masing punya agenda tersendiri.

hmm.
namun.
bila diri menziarahi satu laman.
membaca tentang cuti H1N1.
diri ini tertanya-tanya.
dan terfikir sejenak.
ada benarnya apa yang ditulis.
ada betulnya apa yang dikata.

gembirakah bila dapat cuti kerana satu wabak?
bahagiakah bila dapat cuti kerana sejenis penyakit?
suka?bisakah kita ketawa?
sedang kita tak pasti.
wabak ini adalah rahmat atau azab.
penyakit ini sebagai nikmat atau bala.

astaghfirullah.
beristighfarlah kita.
bermuhasabahlah kita.
kerana kita takut.
peristiwa ini adalah satu azab.
namun.
tetap harus bersyukur.
andai sekiranya apa yang terjadi.
merupakan satu peringatan buat kita semua.
mungkin ini tanda kasih sayangNya kepada sang hamba.

fuh.
ini cuma luahan sangQalb.
ini cuma pendapat sangPemikir.
ini cuma perasaan sangHamba.

andai ada yang terasa.
jutaan kemaafan dipinta.
andai ada yang tersinggung.
ribuan kemaafan dipohon.

Friday, August 7, 2009

I miss That Moment

bismillahirrahmanirrahim.
em.alhamdulillah.thumma alhamdulillah.thumma alhamdulillah.
malam ni kurang sibuk.walaupun sebenarnya sibuk jugak.
tak apa.
demi blog yang agak lama tak diupdated nih,still sediakan waktu untuk updated.
tett.

ok.rindu.saya rindu.masih rindu.
rindu akan peristiwa lalu.
banyak kenangan banyak memori.
sangat manis sukar dilupai.
i learn so many things from them.
pengalaman mengajar saya banyak perkara.
dan saya belajar daripada kesilapan saya.

yang pasti.
pengalaman saya hanya saya yang lalui.
anda hanya anda yang lalui.
pengalaman mereka hanya mereka yang lalui.
dan serius.andai saya menceritakan semua pengalaman saya sampai seribu kali sekalipun.
belum tentu anda semua dapat merasai semua itu.
dan kerana itu.saya kira.
tak perlu untuk saya ceritakan pengalaman saya secara keseluruhannya.
cukup sekadar berkongsi iktibar dan perkara yang saya pelajari daripada semuanya. :D
insyaAllah.

yum-senyum mungkin kelakar melihat gelagat aku yang kurang bisa dengan situasi tersebut.D
Skuad....skuad....skuad......dengar sini semua sekali....bla...bla..ya itulah jeritan pertama sekali.Rakan-rakan melihat aku sambil terseni luar nampak tenang tapi di dalam hanya Allah sahaja yang tahu.Huh,cukuplah dengan ketakutan yang menyelebungi dalam jiwa ini asalkan aku menjalankan tugas sehabis baik.
hanya melaksanakan amanah sebaik mungkin.

Dari awal lagi aku menyedari bahawa manusia lebih banyak mengeluarkan kata-kata daripada tindakannya.
lebih banyak bertekad daripada berusaha ke arahnya.
serius.saya memang belajar banyak perkara.
subhanallah.sesungguhnya ilmu Allah itu luas.
Allah Al-'Alim.Al-Hakim.

Baik.menjalankan tugasan pertama saya.
saya cuba yang terbaik.
adooii..betul-betul budak-budak.
masalah betul!
perbarisan macam biasa.Berbaris!!!
hah!maka.
terserlahlah sifat kepatuhan budak-budak ni.
Keadaan menjadi sunyi sebentar.
menunggu arahan daripada Penghulu.
Nyanyian lagu,bacaan doa dan Bla...bla...
Semua kadet Berdiri bagaikan seorang tentera.

maka.
saya terfikir sejenak,
adakah dulu aku begitu?
saya rasa tidak!
saya bandingkan zaman saya dan mereka.
ternyata berbeza.
rupa-rupanya.
menjadi Pemimpin bukan mudah.
kerana kita memimpin.
Budak-budak lain dipimpin ternyata memang susah.
baru saya fahami dan sedari hakikat menjadi seorang pemimpin.

Setahun kemudian,

malam KrsM.malam kesukaanKu!!
i love it.i like it.i miss it.
puas rasanya bila dapat tidur di sekolah terutamanya Time KRSM.
dapat bagi macam-macam benda bukan saja pada mereka tapi aku pun dapat,
suka bila tengok Kadet-kadet ketawa dengan girangnya.
Alhamdulillah.banyak nikmat yang Allah kurniakan pada kita semua.
adakah kita bersyukur??
tepuk dada.tanya diri kita.kita lebih mengetahui segalanya tentang diri kita.

lepas tu denda budak-budak.
dengan tidak semena-mena.
agak berat hatilah.
tapi itu mengajar.harus ditunaikan.
maka.
kami pun bersandiwara seketika.
kadet-kadet rasa terseksa dan menderita.
mereka fikir kami mendera.
namun.
tanggapan mereka salah.
kami mendenda kerana kami sayang.
mereka memang wajar didenda.
mereka harus rasa.
denda itu adalah pendidikan.dan bukan penyeksaan.
mereka harus terima.
bukan kami sengaja nak mendenda.
tapi.kerana mereka melakukan kesilapan yang banyak dan yang sama.
ada yang penat,marah.ada yang gembira bila didenda.
Tengok langit!!!!,
tengok bumi!!!!
huh,macam-macam ada.
Kami hanya menyaksikan.mereka yang melakukan.

selesai.kami buat refleksi.
memberitahu mereka tujuan denda tersebut.
kami katakan pada mereka.
dendaan adalah satu pengalaman yang manis.
itu adalah satu proses tarbiyyah buat mereka.
bukan kami sengaja.tapi mereka harus terima!
ada yang tak puas hati.rasa dikhianati.
kami pesan pada mereka.
dalam program kita buat cara dalam program.
luar program.kita kawan.mereka KAdet.kami Staf dan sarjan.
bisa bergelak ketawa.berkongsi cerita.
syukur.mereka akhirnya terima hakikat itu.
mereka tersenyum seperti sedia kala.
Faham juga mereka.



Dan kesimpulannya.
menjadi Pemimpin mengajar saya banyak perkara.
saya memimpin dan saya dipimpin.
saya mengajar dan saya terajar.
saya mendidik dan saya terdidik.
saya menegur dan saya ditegur.
saya menyayangi dan disayangi.
saya menggembirakan dan digembirakan.
saya menghormati dan saya dihormati.

ukhuwah kami jadi rapat!

benarlah kata Allah.
"innamal mu'minuna ikhwah!"

thanks for All.

may Allah bless you!
do keep in touch!

===================================================================================

dan ikhtisarnya.
sungguh manis saat itu.
sungguh indah detik itu.
tak bisa dilupakan.
hanya tinggal kenangan.
semoga terus mekar di ingatan.
dan menjadi satu pelajaran dan pendidikan.
dalam membentuk peribadi seorang insan.
insan yang sentiasa kuat iman.
dan patuh pada tuhan!

aamiin.

selesai cerita dan coretan saya..0_o

Thursday, July 30, 2009

Aku keHilangan kekasihKu

Namanya Casio Illuminator,
Warnanya Silver,
Umurnya hampir mencecah 5 tahun,
Tarikh Nazak dah lama dah tapi malaikat tak terima,
mula-mula pecah cermin,
kemudian Air masuk dalam Jam jadi Rosak la.
Tarikh kematian 29072009,4.07pm waktu tempatan.
Casio telah terjun dari bangunan Al_amin tingkat 3,
kemudian diterbangkan ke atas bumbung oleh seorang Sarjan Form 2.
maka tamatlah riwayatnya.

Sedih.......................Waaaaa!!!

Wednesday, July 1, 2009

Krsm 08/09 Last Episode

Di Sini kita Bermula Dengan Satu Tujuan,

Di Sini Kita Di Bentuk Untuk Memimpin Dan Dipimpin,

Di Sini Kesusahan Mengajar kita Erti Kehidupan,

Di Sini Ukhuwah Terjalin Dengan Erat,

Di Sini Kejatuhan Membangunkan Kita,

Kerana Allah Yang Maha Esa.

Kadet Remaja Sekolah MUSLEH!!!!!






Sunday, June 21, 2009

Malas...

Xnk post baru....
malas bukak frienster,
malas bukak myspace,
malas bukak Hi-5,
malas bukak Flixster,
malas bukak facebook,

jadi harap maklum.tq

Thursday, June 18, 2009

Krsm 08/09 [part 3] New Era

Assalamualaikum semua, Al-hamdulillah,semua yang mengikuti kursus kenaikan pangkat bagi Staf Sarjan dan Sarjan sudah pun ditauliah.Tahniah saya ucapkan!!!.Samaada mendapat keputusan kepujian atau cemerlang,itu bukanlah satu isu yang patut dipersoalkan.Yang penting ialah Bagaimana kita melaksanakan tanggungjawab yang telah diberikan kepada kita.

Staf Sarjan dan Sarjan 09,telah ditugaskan untuk mengetuai KRS pada hari rabu,170609,ternyata aktiviti pada hari tersebut agak kelang-kabut.Tapi tidak mengapa kerana masih ada masa untuk diperbaiki,Bak kata seorang muallimah ni,Practice Make Perfect....Nasihat buat Staf dan Sarjan 09 yang bakal menerajui Krs lepas ini ialah:

Kita tidak bodoh andai kita gagal selepas berusaha,
Kerana itu satu ujian dan dijanjikan pahala,
Jika kita Reda,Sabar dan Terus Berusaha.


Tapi,kita sememangnya bodoh,
Jika kita langsung tidak berusaha untuk memperbaikinya,
Kerana pasti kita akan Gagal dan Kecewa,
Lantaran itu,kita sia-siakan Amanah Berharga.


Masih Belum Terlambat!!!!!.







Sunday, June 7, 2009

Tabiat Human

Manusia hari ini suka bersangka-sangka
Ada sangkaan baik...ada sangkaan buruk

Orang yg rilex disangka malas
Orang beribadah disangka riak
Orang makan sikit disangka kedekut
Orang makan banyak disangka pelahap
Orang yg pakai baju baru disangka menunjuk
Orang yg pakai baju buruk disangka zuhud(hina)


Orang baik disangka buruk
Orang buruk disangka baik
Orang senyum disangka mengejek
Orang masam muka disangka merajuk
Orang nampak ceria disangka lupa diri
Orang menawan disangka pakai susuk
Orang bermuzakarah disangka mengumpat
Orang diam disangka sombong atau tidak suka
Orang menegur,menasihat yg benar pun disangka buruk sangka


Mana tahu yg senyum itu krn bersedekah
Mana tahu yg ceria itu cergas cerdasnya
Mana tahu yg masam itu krn mengenangkan dosa
Mana tahu yg menawan itu krn bersih hati & mindanya
Mana tahu yg diam itu krn berzikir kpd Allah @ menarik diri
Mana tahu yg menegur,menasihat itu jujur & ikhlas nawaitunya...

Ehem-ehem....